Friday, March 27, 2009

Di balik tirai wajahnya
Jendela kealpaan
Sempurna kelembutan
Hiasan dunia yang menjadi perhitungan
antara yang beriman
dan kufur padanya, wanita..
Dia diciptakn Allah
dari tulang rusuk manusia
bernama adam alaihi salam
Hawa menjadi penghibur
dikala kesunyian
tiada berteman..
Hakikat kejadian
Andai tiada hawa
sepilah alam buana
permaisuri mukmin
yang mendamba kesolehannya
Benarlah sabda Rasul junjungan
Sebaik perhiasan wanita solehah..
Ingatlah sabda assaidul mursalim
dikahwin wanita kerana 4 perkara
kerana kecantikan
dan kebangsawanan
kerana kekayaan
dan jua agama..
Namun yang terbaik
dan lebih utama
Nikahilah dia lantaran agama..
Labels: zulfan
3:51 AM